WordLinx - Get Paid To Click

Sunday, February 25, 2007
Filem : Puaka Tebing Biru


Judul : Puaka Tebing Biru

Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd

Penerbit Eksekutif Kanan : Gayatri Su-lin Pillai

Penerbit Penyelaras : Hazil Izham Ismail

Pengurus Produksi : Zulkifli Ibrahim

Pengarah / Cerita Asal / Lakon Layar : Osman Ali

Penolong Pengarah : Nor Zahirah Abd. Rahman / Pauline Tay Siew Lian
Pengarah Fotografi : Khalid Zakaria

Penata Rias : Mohd. Zaini Bin Abd. Rahman

Pengarah Seni : Nazrul Asraff



Berikut sedikit info tentang filem ini.

Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sentiasa memberi peluang kepada generasi pelapis samada pelakon atau pengarah filem muda berbakat dan beriltizam tinggi, di samping mempelbagaikan genre filem terbitannya.

‘Puaka Tebing Biru’, filem ke-14 terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd telah memberi laluan kepada pengarah muda, Osman Ali menonjolkan kredibiliti dan bakatnya untuk diketengahkan sebaris pengarah-pengarah senior sedia ada.

Genre ’seram’ menjadi pilihan Osman Ali sebagai tema dalam menyampaikan buah tangan pertama ke layar perak. ‘Puaka Tebing Biru’ turut menyelitkan rencah segelintir anak nelayan yang menongkah arus kehidupan dalam usaha mencari jalan keluar dari belenggu rutin harian kehidupan. Beliau turut mengupas isu kasih sayang antara dua sahabat melalui beberapa kiasan secara tidak langsung.

Puaka Tebing Biru dengan durasi 127 minit masa tayangan, telah mendapat kelulusan (U). Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta dengan sentuhan teknik Computer Generated Images (CGI) ini merupakan filem cereka pertama menjalani penggambaran sekitar Pulau Pangkor sebagai lokasi utama penggambaran.

Selain itu, penyanyi rock terkenal Awie turut menghangatkan lagi filem ‘Puaka Tebing Biru’ dengan lagu tema berjudul ‘Seperti Selalu’ hasil ciptaan / lirik Nur Zaidi Rahman dan ‘Ayu Lara’ nyanyian Saliza Ali hasil ciptaan Nur Zaidi Rahman dan lirik oleh Osman Ali.

Filem gandingan mantap Nasha Aziz, Umie Aida, Sharifah Amani, Fahrin Ahmad, Wan Maimunah, Mislina dan adik Alia akan menemui penonton layar perak pada musim perayaan Tahun Baru China, bermula Ahad, 18 Februari 2007.




Filem ini bermula dengan misteri demi misteri. Kemudian ditengahnya dijawab dengan jawapan-jawapan. Perkembangan plot agak jelas dan filem ini mengikut Osman adalah filem bergerak selari. Tiada flashback. Namun, pada saya sebenarnya banyak juga flashback yang bersifat ‘kecil’ dalam filem ini.

SINOPSIS

Ratna adalah rakan karib Ayu yang tinggal bersebelahan rumahnya sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah-lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung bernama Mohsin.
Ratna yang mempunyai seorang adik perempuan bernama Atilia telah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur tetapi tidak mendapat keizinan ibu mereka. Hati Ratna terluka. Akhirnya, Ratna tidak berganjak dengan keputusannya lalu pergi meninggalkan Atilia, ibu serta rakan karibnya, Ayu.


Selepas 7 tahun berlalu, Ratna kini berjaya sebagai seorang petugas di unit forensik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Namun ada sesuatu yang menghantui hidup Ratna. Ratna tidak pernah tenteram sejak 6 tahun yang lalu. Bayangan seorang wanita yang sering mengganggu menyebabkannya menjadi semakin tertekan. Selain bayangan wanita tersebut, muncul pula seorang kanak-kanak perempuan.

Bagi menenangkan fikiran, Ratna mengambil keputusan untuk bertemu keluarganya. Itulah pertemuan pertama, selepas 7 tahun tidak bertemu adiknya, Atilia. Setelah bertemu, Ratna dan Atilia mengambil keputusan bermalam di rumah pusaka tinggalan bapa mereka yang terletak di tepi pantai.

Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku sepanjang bermalam di situ. Lebih menggerunkan apabila Atilia dikunjungi seorang kanak-kanak perempuan misteri mengajaknya bermain di tepi pantai.

Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan orang kampung sedang mengusung keranda ke tanah perkuburan. Apakah misteri di sebalik kemunculan bayangan wanita dan kanak-kanak perempuan tersebut? Siapa kanak-kanak itu? Semuanya bakal terjawab apabila anda menonton karya sulung arahan Osman Ali, ‘Puaka Tebing Biru bermula 18 Februari di pawagam!






WATAK


1. Nasha Aziz sebagai Ratna

2. Umie Aida sebagai Ayu

3. Fahrin Ahmad sebagai Mohsin

4. Sharifah Amani sebagai Atilia

5. Wan Maimunah sebagai Mak Esah

6. Mislina Mustaffa sebagai Ara

7. Alisa sebagai Ika

8. Corinne Adrienne sebagai Anita






RATNA
Ratna seorang gadis kampung dibesarkan di sebuah kampung nelayan pendalaman oleh seorang ibu tunggal bersama adiknya, Atilia dan mempunyai rakan karib bernama Ayu. Kehidupan di kampung yang terkongkong serta kemiskinan amat membebankan perasaan serta mendesak jiwa mudanya untuk meninggalkan kampung serta mencari kejayaan di bandar. Sikap Ratna yang suka memberontak serta selalu tidak sefahaman dengan ibunya telah mendorong dia meninggalkan rumah walaupun tanpa izin ibu. Tindakan nekad Ratna mengecewakan sahabat baiknya Ayu, serta adiknya Atilia. Ratna yang bertugas di unit forensik, sebuah hospital sebagai Mortuary Attendant sering diganggu oleh bayangan serta igauan ngeri yang amat menakutkan.

AYU
Ayu adalah seorang gadis pemalu yang berkawan rapat dengan Ratna sejak dari kecil. Ayu anak yatim piatu yang dibesarkan oleh Mak Esah iaitu ibu Ratna dan Atilia. Apabila menyedari seorang pemuda kampung, Mohsin sukakan Ayu, Ratna bersungguh-sungguh merapatkan hubungan Ayu dan Mohsin. Akhirnya Ayu menjalinkan cinta dalam diam bersama Mohsin.

MOHSIN
Mohsin adalah seorang pencinta yang agung. Pertama kali dalam hidup dia menyintai seorang perempuan selepas ayah dan ibunya mati ketika dia masih kecil. Hubungannya dengan Ayu menjadi rahsia dan mereka saling bertemu secara sulit. ATILIA Atilia merupakan seorang adik yang sungguh penyayang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kakaknya ke pangkuan ibu setelah kakak tersayang, Ratna berhijrah ke Kuala Lumpur. Sebagai seorang gadis remaja, Atilia juga seorang gadis yang lembut, bijak, lasak dan berdikari.

MAK ESAH
Wanita bernama Esah adalah seorang ibu yang berpendirian tegas tetapi amat menyayangi anak-anaknya. Pengalaman hidup yang keras serta kemiskinan mengajar dia menjadi seorang wanita cekal. Jauh di sudut hati, beliau kecewa apabila anak sulung kesayangan yang diharapkan bakal menerajui keluarga bertindak nekad meninggalkan keluarga tanpa keizinannya.

ARA
Ara adalah seorang perempuan berusia sekitar 40-an yang mencari rezeki sebagai nelayan tetapi tidak pernah berkahwin. Pada suatu hari, Ara yang mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan seorang lelaki menemui seorang bayi perempuan di rumah pusaka Tebing Biru. Ara menganggap bayi itu adalah anugerah dari Tuhan untuknya. Ara cekal membesarkan bayi itu walaupun masyarakat sekeliling mencerca dan menganggapnya memelihara anak syaitan.

IKA
Ika adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang penuh misteri. Dia suka bersendirian kerana dibenci dan dituduh anak syaitan oleh masyarakat kampung. Walaupun buta, tetapi Ika gemar ke pinggir hutan untuk bermain. ANITA Selain membantu Ratna mendapat pekerjaan, Anita yang bertugas sebagai Doktor Patologist juga merupakan teman serumah Ratna. Dia adalah teman rapat Ratna sepanjang tinggal di ibukota, Kuala Lumpur.

[ PUAKA TEBING BIRU trailer ]

posted by mя. hanzs @ 12:41 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
[ hari ini ]
[ penaja ]
[ terkini ]
[ arkib ]
[ television ]
[ pautan ]
[ web stats ]
Online money transfer